empty
 
 
23.11.2021 09:36 AM
Emas diniagakan lemah susulan berita pelantikan kedua Powell

This image is no longer relevant

Harga emas mencatatkan penurunan semalam disebabkan oleh lonjakan mendadak dalam dolar AS. Perlu diingat bahawa mata wang Amerika Syarikat (AS) mengukuh selepas White House mencalonkan Jerome Powell untuk penggal 4 tahun kedua sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

Kemuncak dagangan hari Isnin ialah berita tentang kemungkinan pemilihan semula Jerome Powell untuk penggal kedua sebagai Pengerusi Sistem Rizab Persekutuan. Pencalonan beliau disokong oleh Presiden AS, Joe Biden. Kini, yang tinggal hanyalah untuk mendapatkan kelulusan Kongres.

Ketua kerajaan Amerika juga mencadangkan untuk melantik Lael Brainard sebagai timbalan pengerusi bank pusat. Ramai beranggapan bahawa beliau, penyokong dasar monetari yang lebih lembut, merupakan calon terbaik yang mengambil alih kedudukan J. Powell.

Tetapi oleh kerana bekas ketua kekal menerajui Fed, pelabur merasakan bahawa prospek pengetatan dipercepatkan kadar semasa pengawal selia kekal.

Ini bermakna bank pusat akan meneruskan pengurangan pembelian bon bermula bulan ini, yang akhirnya akan membawa kepada kenaikan kadar faedah.

Senario ini adalah seperti sauh untuk dolar AS dalam jangka panjang. Walau bagaimanapun, ia telah bertindak balas dengan pertumbuhan pesat sekarang. Selepas pengumuman kemungkinan pemilihan semula J. Powell untuk penggal baharu, mata wang AS meningkat sebanyak 0.5% dan mendorong ia menghampiri tahap tertinggi sejak musim panas 2020.

Juga pada hari Isnin, purata hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun menunjukkan dinamika yang positif. Indikator meningkat kepada 1.62%, manakala 1.535% pada petang Jumaat.

Pengukuhan dolar AS dan pertumbuhan hasil bon AS telah memberikan tekanan penurunan harga yang kuat ke atas emas. Semalam, bulion merosot di bawah tahap $45.30, atau 2.4%, menunjukkan penurunan paling ketara dalam tempoh tiga setengah bulan. Aset itu mengakhiri dagangan pada $1,806.30, iaitu tahap rendah 2 minggu.

This image is no longer relevant

Pakar-pakar memberikan perhatian kepada fakta bahawa sebut harga merosot berhampiran tahap $1,835, yang dianggap sebagai ambang utama sokongan teknikal untuk logam berharga. Ini mungkin telah membantu mempercepatkan penurunan harga selanjutnya pada Isnin.

"Saya berpendapat bahawa berita mengenai pemilihan semula Powell hanyalah alasan untuk peniaga emas jangka pendek yang ingin mengaut keuntungan selepas pertumbuhan harga yang baik baru-baru ini. Selain itu, pasaran secara keseluruhan menjangkakan bahawa Powell akan dilantik semula sebagai Pengerusi Fed, dan bulion sepatutnya tidak bertindak balas sepertimana yang ia lakukan" – penganalisis Jim Wyckoff mengulas mengenai situasi itu.

Pada masa yang sama, pakar itu menegaskan bahawa emas masih mengekalkan aliran menaik jangka pendek walaupun terdapat penurunan hagra semasa. Pada pendapat beliau, logam itu akan mendapat permintaan tinggi pada masa hadapan di kalangan pelabur sebagai pelindung nilai terhadap peningkatan inflasi.

Penganalisis logam berharga, Suki Cooper juga menjangkakan pasaran akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan tekanan inflasi dan penurunan hasil bon sebenar. Berdasarkan kepada latar belakang ini, purata harga emas pada suku pertama 2022 dijangkakan pada $1,875, iaitu 3% lebih tinggi daripada penutupan semalam.

Berdasarkan ramalannya, pakar-pakar percaya bahawa penurunan harga terkini di pasaran logam berharga mungkin merupakan peluang terbaik untuk kemasukan pesanan membeli.

"Pelabur bimbang tentang peningkatan risiko inflasi, tetapi pada masa yang sama tidak percaya bahawa bank pusat akan segera bertindak balas secara "hawkish" terhadap lonjakan pertumbuhan harga. Saya fikir Sistem Rizab Persekutuan masih tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah, tanpa mengira siapa lawan di hadapannya." S. Cooper berkata.

Pakar itu menyatakan bahawa emas terus menjadi salah satu instrumen pertahanan terbaik terhadap inflasi dan ia mungkin menerima sokongan minggu ini daripada kumpulan data ekonomi AS yang lain.

Pelabur sedang menunggu penerbitan laporan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi. Menurut S. Cooper, indikator untuk bulan lepas akan berkembang sebanyak 4.2% tahun ke tahun dan mencapai tahap tertinggi sejak 1991.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget