empty
 
 
04.11.2022 09:09 AM
Analisis dan tip dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 November

Analisis urus niaga pasangan mata wang EUR/USD

Ujian harga 0.9807 telah berlaku sewaktu garis MACD turun banyak dari sifar, yang sepatutnya mengehadkan potensi penurunan untuk pasangan mata wang ini. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini terus melemah, dan akhirnya menguji tahap 0.9753. Pesanan membeli melonjak di kawasan ini, tetapi sebut harga tidak melantun.

This image is no longer relevant

Statistik pengangguran di zon Eropah, serta ucapan Presiden ECB Christine Lagarde, tidak membantu euro mengekalkan kedudukan yang kukuh. Hanya pada sebelah petang, selepas laporan lemah mengenai aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan AS, mata wang itu menyaksikan pembetulan menaik sedikit.

Hari ini, semasa sesi Eropah, dijadualkan akan terdapat laporan mengenai aktiviti perniagaan di Jerman, Perancis, Itali dan zon Eropah. Indeks harga pengeluar juga akan dikeluarkan, tetapi ia tidak akan mendapat perhatian ramai. Ahli ECB Christine Lagarde dan Joachim Nagel akan menyampaikan ucapan, yang berpotensi untuk mempengaruhi pasaran. Pada sebelah petang, laporan yang sangat penting mengenai pasaran buruh AS akan dikeluarkan, iaitu kadar pengangguran dan perubahan bilangan orang yang bekerja di sektor bukan perladangan. Data yang lemah akan mengembalikan selera risiko, yang akan mencecahkan kedudukan dolar. Tetapi jika data ternyata mencatatkan bacaan yang lebih baik daripada ramalan, satu lagi penjualan akan dilihat pada pasangan mata wang EUR/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencapai tahap 0.9805 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 0.9868. Pertumbuhan harga akan berlaku jika data dari zon Eropah mencatatkan bacaan yang melebihi jangkaan. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan membeli euro pada tahap 0.9772, bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 0.9805 dan 0.9868.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencapai tahap 0.9772 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 0.9712. Tekanan akan kembali jika AS melaporkan data pasaran buruh yang kukuh. Tetapi sila ambil perhatian apabila anda ingn membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya.

Terdapat juga kemungkinan untuk membuka pesanan menjual euro pada tahap 0.9805, walau bagaimanapun, garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikan ke tahap 0.9772 dan 0.9712.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan membeli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam April kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget