empty
13.06.2025 09:04 AM
Cadangan Dagangan untuk Pasaran Mata Wang Kripto pada 13 Jun

Bitcoin dan Ethereum menjunam susulan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran pada waktu malam, yang mencetuskan gelombang jualan besar-besaran terhadap aset berisiko, termasuk dalam pasaran mata wang kripto.

Sekiranya Iran melancarkan serangan balas yang serius ke atas Israel, konflik ketenteraan berpotensi meningkat menjadi perang berskala penuh. Keadaan ini akan mencetuskan gelombang jualan yang jauh lebih besar di semua pasaran, sekali gus memberi impak yang ketara terhadap ruang pasaran mata wang kripto.

This image is no longer relevant

Prospek peningkatan ketegangan di Timur Tengah sentiasa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur. Ketidakpastian dan risiko geopolitik mendorong mereka untuk mencari aset yang lebih selamat, seperti emas atau bon kerajaan, sekaligus mengurangkan permintaan terhadap instrumen berisiko, yang sudah tentu termasuk mata wang kripto. Sekiranya berlaku konflik berskala besar, panik boleh merebak ke seluruh pasaran, mendorong kepada pengeluaran besar-besaran dan kejatuhan harga yang mendadak. Selain itu, peperangan boleh mengganggu sistem kewangan global dan rantaian bekalan. Keadaan ini akan menjejaskan aktiviti dagangan dan pemindahan dana, sekali gus memberi kesan negatif terhadap kecairan bursa kripto dan dompet digital. Gangguan internet juga berkemungkinan berlaku, menyebabkan ramai pengguna tidak dapat mengakses aset mereka.

Sebaliknya, disebabkan sifatnya yang terdesentralisasi, mata wang kripto boleh berfungsi sebagai tempat perlindungan modal pada waktu ketidakstabilan dan sekatan akibat peperangan. Namun, memandangkan skala konflik yang berpotensi berlaku, peralihan besar-besaran ke dalam kripto dilihat kurang berkemungkinan. Faktor negatif dijangka mendominasi, yang akan membawa kepada kejatuhan nilai kebanyakan aset digital secara ketara.

Bagi pergerakan seterusnya, saya akan terus membuat keputusan berdasarkan sebarang penurunan besar dalam Bitcoin dan Ethereum, dengan mempertaruhkan kesinambungan pasaran menaik jangka sederhana yang masih utuh.

Strategi dagangan jangka pendek dihuraikan di bawah.

This image is no longer relevant

Bitcoin

Senario Beli

Senario #1: Apabila mencapai titik kemasukan sekitar $104,600, saya akan membeli Bitcoin hari ini dengan sasaran untuk naik ke $106,700. Sekitar $106,700, saya bercadang untuk keluar dari kedudukan panjang dan menjual segera semasa pemulihan.

Sebelum membeli semasa penembusan, pastikan purata bergerak 50-hari berada di bawah harga semasa dan Pengayun Awesome berada di zon positif.

Senario #2: Bitcoin juga boleh dibeli dari batas bawah $103,600 sekiranya tiada reaksi pasaran terhadap penembusannya, dengan pemulihan menuju $104,600 dan $106,700.

Senario Jual

Senario #1: Apabila mencapai titik kemasukan sekitar $103,600, saya akan menjual Bitcoin hari ini dengan sasaran untuk jatuh ke $101,300. Sekitar $101,300, saya bercadang untuk keluar dari kedudukan pendek dan membeli segera semasa pemulihan.

Sebelum menjual semasa penembusan, pastikan purata bergerak 50-hari berada di atas harga semasa dan Pengayun Awesome berada di zon negatif.

Senario #2: Bitcoin juga boleh dijual dari batas atas $104,600 sekiranya tiada reaksi pasaran terhadap penembusannya, dengan pemulihan menuju $103,600 dan $101,300.

This image is no longer relevant

Ethereum

Senario Beli

Senario #1: Saya akan membeli Ethereum hari ini apabila harga mencecah titik kemasukan sekitar $2,536, dengan sasaran kenaikan ke paras $2,646. Sekitar paras $2,646, saya merancang untuk menutup kedudukan beli dan segera membuka kedudukan jual semasa lantunan semula.

Sebelum membeli semasa penembusan, pastikan purata beregrak 50 hari berada di bawah harga semasa dan penunjuk Pengayun Awesome berada dalam zon positif.

Senario #2: Ethereum juga boleh dibeli dari sempadan bawah $2,488 sekiranya tiada reaksi pasaran terhadap penembusannya, dengan lantunan semula menuju ke paras $2,536 dan $2,646.

Senario Jual

Senario #1: Saya akan menjual Ethereum hari ini apabila harga mencecah titik kemasukan sekitar $2,488, dengan sasaran penurunan ke paras $2,368. Sekitar paras $2,368, saya merancang untuk menutup kedudukan jual dan segera membuka kedudukan beli semasa lantunan semula.

Sebelum menjual semasa penembusan, pastikan purata bergerak 50 hari berada di atas harga semasa dan penunjuk Pengayun Awesome berada dalam zon negatif.

Senario #2: Ethereum juga boleh dijual dari sempadan atas $2,536 sekiranya tiada reaksi pasaran terhadap penembusannya, dengan lantunan semula menuju ke paras $2,488 dan $2,368.

Ringkasan
Segera
Analitic
Maxim Magdalinin
Mulakan perdagangan
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN

Artikel yang dicadangkan

Pasaran aset tokenisasi baru sahaja bermula

Sementara Bitcoin terus mengalami turun naik dan pergolakan — yang bermanfaat untuk pedagang harian — Standard Chartered Bank meramalkan bahawa permodalan pasaran aset dunia sebenar yang ditokenkan (RWA), tidak termasuk

Jakub Novak 10:41 2025-10-31 UTC+2

Cadangan untuk Dagangan dalam Pasaran Mata Wang Kripto pada 31 Oktober

Bitcoin sebentar tadi jatuh dan sedang didagangkan pada kadar $106,300, manakala Ethereum jatuh di bawah $3,700. Namun, dalam sesi dagangan Asia hari ini, penurunan tersebut telah dibeli semula. Sebelum kita

Miroslaw Bawulski 08:04 2025-10-31 UTC+2

Solana berpotensi untuk melemah ke paras sokongan terdekat hari ini. Jumaat, 31 Oktober 2025.

[Solana] – [Jumaat, 31 Oktober 2025] Uniswap dijangka akan meneruskan penurunan ke arah paras sokongan terdekat. Walaupun RSI berada dalam zon Neutral-Menaik, namun Silangan Mati (Death Cross) yang berterusan menunjukkan

Arief Makmur 06:59 2025-10-31 UTC+2

Nampaknya mata wang kripto Uniswap akan terus merosot hari ini. Jumaat, 31 Oktober 2025.

[Uniswap] – [Jumaat, 31 Oktober 2025] Walaupun RSI berada dalam zon Neutral-Menaik, namun kedudukan Silangan Mati (Death Cross) antara dua EMA dijangka akan menyebabkan Uniswap melemah ke tahap sokongan terdekatnya

Arief Makmur 06:59 2025-10-31 UTC+2

Cadangan Dagangan Mata Wang Kripto untuk 30 Oktober

Bitcoin telah merosot kepada sekitar $108,000, dan Ethereum telah jatuh di bawah $3,900, yang merosotkan jangkaan pasaran menaik yang diperhatikan awal minggu ini. Semalam, seperti yang dijangka, Jawatankuasa Pasaran Terbuka

Miroslaw Bawulski 08:04 2025-10-30 UTC+2

Cadangan Dagangan Pasaran Mata Wang Kripto untuk 24 Oktober

Bitcoin sekali lagi mencuba untuk mengukuh di atas paras $110,000 dan, pada masa penulisan ini, ia didagangkan pada harga $111,400. Jika ia berjaya melepasi julat ini, kita mungkin akan menyaksikan

Miroslaw Bawulski 08:55 2025-10-24 UTC+2

Dengan semua penunjuk teknikal menunjukkan kekuatan, Doge berpotensi untuk menguji tahap rintangan terdekatnya hari ini. Jumaat, 24 Oktober 2025.

[DOGE] – [Jumaat, 24 Oktober 2025] Jika kita melihat indikator teknikal yang menunjukkan keadaan bullish seperti Golden Cross yang berterusan antara EMA dan RSI yang berada di zon Neutral-Bullish, maka

Arief Makmur 07:00 2025-10-24 UTC+2

ADA/USD berkemungkinan akan melemah sepanjang hari. Jumaat, 24 Oktober 2025.

[ADA/USD] – [Jumaat, 24 Oktober 2025] Dengan keadaan EMA(50) dan EMA(200) membentuk Silangan Mati (Death Cross), dan penunjuk RSI berada dalam zon Neutral-Menurun, maka ADA/USD berkemungkinan menghadapi tekanan ke bawah

Arief Makmur 07:00 2025-10-24 UTC+2

Bitcoin Kehilangan Momentum: Syiling Tidak Aktif Kembali Bergerak Ketika Pasaran Mencari Jejak Baharu

Bitcoin telah memasuki fasa ketidakpastian yang meningkat. Di tengah-tengah penurunan harga dan momentum yang melemah, pemegang besar telah mula memindahkan syiling yang lama tidak aktif. Menurut CryptoQuant, kira-kira 15,965

Ekaterina Kiseleva 00:46 2025-10-24 UTC+2

Cadangan Dagangan Pasaran Mata Wang Kripto untuk 23 Oktober

Bitcoin terus menghadapi tekanan jualan pada setiap kenaikan sederhana, yang secara paradoks menyokong unjuran kenaikan harga dalam jangka sederhana. Ethereum juga sedang berusaha untuk mengembalikan paras dagangan melebihi paras $4,000

Miroslaw Bawulski 09:48 2025-10-23 UTC+2
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget
 

Dear visitor,

Your IP address shows that you are currently located in the USA. If you are a resident of the United States, you are prohibited from using the services of InstaFintech Group including online trading, online transfers, deposit/withdrawal of funds, etc.

If you think you are seeing this message by mistake and your location is not the US, kindly proceed to the website. Otherwise, you must leave the website in order to comply with government restrictions.

Why does your IP address show your location as the USA?

  • - you are using a VPN provided by a hosting company based in the United States;
  • - your IP does not have proper WHOIS records;
  • - an error occurred in the WHOIS geolocation database.

Please confirm whether you are a US resident or not by clicking the relevant button below. If you choose the wrong option, being a US resident, you will not be able to open an account with InstaForex anyway.

We are sorry for any inconvenience caused by this message.